Sunday, March 07, 2010

Corat-coret kehidupan

Seringkali, diungkapkan kepada si isteri kata-kata berikut:

"Alah orang takder anak, bolehlah buat macam-macam...kerana sebabnya ader masa atau takder benda lain nak buat apa..."

Then kononnya sebab banyak masa, si isteri disuruh buat kerja lebih sikit. Adil ke?
Dan apabila, si isteri masih lagi boleh buat apa yang dia suka walaupun telah dilonggokkan dengan tugasan yang menimbun, si isteri tetap dikatakan tidak mungkin sesibuk wanita-wanita yang mempunyai anak. Alahai, mengapakah sesama wanita sanggup mematahkan semangat kaum sejenis?
Dan yang lebih sedih mereka yang sebangsa dan seagama yang mengatakan sedemikian.

Maaf sepiku bukan bermakna aku akur cuma aku tiada kata-kata yang baik untuk diucapkan. Lebih baik aku berdiam diri.

No comments: