Diam tak diam, sudah seminggu kita berpuasa. Niat di hati ramadhan kali ini, macam-macam nak buat. Namun, kesibukan bertugas menjadi hambatan. Baju raya kali ini, buat pertama kalinya, kami berpakaian sedondon. Nasib baik, kami sempat membelinya semasa kami di Kuala Lumpur sebelum puasa bermula.
Memang dari dulu, warna turquoise atau biru hijau menjadi kegemaran si isteri. Oleh itu, tahun ini padanan warna biru hijau dan fuchsia pink atau merah jambu terang menjadi pilihan kami.
Satu lagi pasang berwarna kuning keemasan.
Baju kurung lelaki dibeli dari kedai Bak di kawasan Masjid India dengan harga berpatutan bersesuaian dengan jenis kain yang menjadi pilihan si suami, SB Line. Kalau ditempah, harga sepasang kurung lelaki lebih kurang sama.
Terakhir sekali, si isteri sempat juga mendapatkan baju kurung pahang sutera Thai bercorak warna-warni pelangi. Unik & sudah semestinya ceria.
Bagi bab membuat kuih-muih pula, insya'allah kalau ada waktu dan kesihatan. =)
No comments:
Post a Comment